Thursday, 6 December 2012

MUHASABAH DIRI

Jam di dinding telah menunjukkan tepat 4 pagi. Masa yang sesuai untuk aku bermuhasabah diri. Mencari di mana langkah ku yang seterusnya. Aku sering kali lemas di tengah-tengah perjuanganku. Aku tidak kuat melangkah, aku tidak utuh dengan pendirianku. Namun, selepas aku melihat dia yang sedang berjuang untuk hidupnya membuatkan aku menjadi kuat. Aku fikir sejenak, sedangkan dia yang hidup di jalanan boleh membina kekuatan, inikan pula aku yang hidup dalam keselesaan. Aku tidak memandangnya dari luaran, tetapi dalamannya yang membuat aku terpegun. Jika aku di tempatnya, adakah aku boleh mengharungi kehidupan seperti itu? Aku tidak mengharap keadaan sepertinya jadi dalam hidupku, namun aku mengharap semangatnya menular dalam diri ku. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dia ada kelebihan dalam semangatnya, namun dia kurang dalam kehidupannya. Aku ada kelebihan dalam kehidupanku, tapi aku lemah dalam semangatku. Ya benar ! Tidak semua yang kita inginkan dapat kita peroleh. Sesuatu yang kita ingin pasti akan menjauhi kita. Oleh kerana itu, kita perlukan cabaran untuk kita capai sesuatu yang kita inginkan. Monolog dalam diri aku di pagi yang hening ini. Tiap kali aku bermuhasabah begini, pasti hari esok aku akan bersemangat. Namun kadang kala, semangat itu bisa hilang jika kita alpa. Maka, muhasabah diri yang kerap, mampu meneruskan semangat kita. Terutama kepada diri ku.

No comments:

Post a Comment