Menyentuh soal makan, semua manusia mempunyai nafsu makan. Kadang kala bila nafsu makan menguasai diri, keinginan mengidam sesuatu makanan mula tercetus dalam fikiran. Seperti juga saya. Saya terlalu gemar mengidamkan sesuatu makanan untuk melepaskan nafsu makan saya. Jika saya lapar, makin banyak makanan yang saya idamkan. Saat itu saya akan mencari makanan yang saya idamkan sehingga berlebihan-lebihan. Namun, bukan setakat saya sahaja yang merasakan sebegitu, saya fikir ramai lagi manusia seperti saya. Hidup untuk memuaskan nafsu makan. Tetapi pernahkah kita terfikir, adakah semua manusia mampu memiliki makanan idaman mereka? Bagaimana kepada mereka yang tidak mampu untuk melepaskan keinginan mereka? Bila saya terfikir sedemikian, saya merasakan diri saya masih bertuah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat hidup dengan memiliki keinginan saya. Itulah lumpah manusia yang dilahirkan tidak sepenuhnya sempurna. Ada juga manusia yang dilahirkan dengan tidak diberi kesempatan untuk memiliki keinginan masing-masing. Mereka hanya mampu untuk makanan harian mereka yang sekadar makanan untuk melepasi hari-hari kehidupan mereka. Golongan seperti ini membuatkan saya sedar bahawa kita hidup bukanlah untuk makan, tetapi kita makan untuk meneruskan hidup.

No comments:
Post a Comment