Friday, 7 December 2012

 Mencapai bintang yang tinggi melangit itu mustahil kan? Tapi menjadi bintang yang berkedipan itu pasti. Malam ini, aku duduk di beranda bilik ku. Memerhatikan setiap bintang yang bertaburan di langit. Terlalu banyak bintang yang memenuhi ruang angkasa ini. Tapi hanya satu bintang sahaja yang berjaya menarik perhatian ku. Bintang yang sangat menyerlah, hingga aku bermimpi aku terbang ke langit menggapai bintang itu. Apabila aku perhatikan setiap bintang-bintang di langit ini, aku sempat membayangkan dengan kehidupan yang aku lalui kini. Bintang yang bertaburan di langit ini ibarat manusia yang membanjiri bumi. Bintang yang menyerlah itu umpama manusia yang satu. Ya ! Manusia yang satu itu adalah pengilham ku.

Aku lahirkan pengilham ini dari mata halus ku. Setelah aku amati dirinya, ya ! Aku yakin dia adalah bintang yang menarik perhatian ku. Bintang yang paling terang dan menyerlah di antara bintang-bintang yang lain. Aku termangu seketika, adakah aku akan jadi bintang yang paling terang sepertinya? Atau adakah aku hanya menjadi kebanyakkan bintang yang aku lihat sekarang? Ah ! Nyah fikiran kolot ini dari benakku. Aku yakin yang aku boleh menjadi bintang yang paling terang untuk menerangi setiap bintang-bintang yang lainnya. Amin ~~~

 

No comments:

Post a Comment