Semua orang kenal akan pengemis.. Namun, malangnya hidup mereka, tiap kali mereka dikenali pasti hinaan akan dilemparkan kepada mereka. Pemalas, pengotor, busuk, itu lah ungkapan-ungkapan yang ditujukan kepada mereka. Tetapi setiap kali cacian keluar dari mulut kita, adakah kita sedar mereka juga makhluk Allah sama seperti kita? Adakah kita pernah terfikir mengapa hidup mereka ke arah seperti itu? Apakah itu kehendak mereka? Tidak sama sekali. Saya yakin, setiap manusia memiliki impian yang terbaik buat diri masing-masing. Pernahkah kita membayangkan bagaimana jika nasib kita ditakdirkan sebegitu? Mesti kita tidak menginginkannya.
Namun, sedarlah bahawa mereka yang kita anggap manusia yang hina, malas, pengotor ini adalah pejuang. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Hal ini kerana mereka pejuang yang sedang berperang untuk hidup. Mereka sanggup mengemis untuk mendapatkan sumber rezeki yang halal bagi menyara kehidupan harian mereka. Memang benar, mengemis itu suatu pekerjaan yang boleh kita elak, namun bagi nasib seperti mereka mengemis itu lah cara mereka untuk meneruskan hidup. Mereka tidak menggunakan hasil mengemis mereka untuk bersenang, tapi menggunakan untuk membeli makanan.
Walaupun sesetengah manusia menganggap mereka hina, namun ia berbeza bagi saya. Mereka adalah golongan yang sangat kagumi. Saya kagumi dengan semangat juang mereka untuk meneruskan hidup. Saya sangat terkesan dengan sikap mereka yang tidak pernah putus asa dengan hasil kerja mereka. Mereka tetap terus mengemis walaupun masyarakat sekeliling sedang menghina. Luaran mereka memang agak tidak menyenangkan, namun saya melihat dari segi dalaman mereka. Saya tidak mahu nasib saya seperti mereka, tapi saya inginkan semangat saya seperti mereka. Semangat yang terus berjuang walau kesusahan menimpa, berusaha tanpa putus asa dan cekal hadapi kepayahan hidup.

No comments:
Post a Comment