Friday, 7 December 2012

Perbincangan Mengenai Si Peraih  http://cinta-matahariku.blogspot.com/2011/01/pengemis-jalanan.html

TITIK PERMULAAN

Aku sudah kaji siapa tokoh ku. Walaupun dia bukan orang kehormat dan orang kenamaan namun sikapnya membuat aku tertarik akan dirinya. Ya ! tokoh ku hanya si peraih simpati. Mesti orang lain gharib mengapa orang sebegini ku jadikah tokoh. Aku jadikan dia contoh buatku kerana dia juga manusia biasa seperti ku. Cuma nasib membuat mereka terasing daripada masyarakat. Aku terpegun melihat kekuatan dan ketabahan mereka. Aku mengandaikan tidak semua manusia yang bisa menjalankan hidup seperti itu. Hanya orang-orang yang terpilih diuji dengan cara itu. Aku ingin menyematkan dia dalam hidup ku. Aku ingin menyimpan suatu kata yang bisa aku pegang dalam kehidupan ku. "Jika dia bisa, aku juga bisa".

Kini, aku mula mencoretkan semangat dia dalam penulisan cerpen ku. Akan ku luahkan segala tentang dirinya dalam coretan ku. Sikap ketabahan, kecekalan, dalam menanggung kepayahan hidup akan ku sematkan dalam diri untuk ku hias cerpen ku. Aku berharap, dia bisa mewarnai cerpen ku seperti dia menyinari hidup ku. Maka, aku cakarkan titik permulaan di sini hingga aku berjumpa noktah pengakhiran. Bermula lafas Bismillah, aku lakar sebuah cerpen. Semoga dipermudahkan. Amin ~~~~

YA ALLAH Lindungi Mereka





Kuatnya semangat mereka Ya Allah. Demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup, mereka tegar menebalkan muka dengan meraih simpati orang. Adakah mereka yang kita anggap hina ini perlu dibuang? Pandanglah mereka dari segi dalaman. Mereka merupakan manusia yang cekal, tabah dan tidak putus asa meneruskan hidup walau diuji dengan cara sebegitu. Ingatlah bahawa mereka sendiri tidak menginginkan kehidupan seperti itu.

ERTI SYUKUR

Gemar sungguh aku mencoret di blog ini pada waktu-waktu sebegini. Waktu yang bisa aku coretkan dengan kata-kata yang indah, seindah perasaan ku pada masa ini. Sememangnya pengalaman aku keluar makan malam bersama-sama sahabat tadi mengukir senyuman di bibir ku. Sudah lama rasanya aku tidak keluar untuk menikmati makan malam bersama mereka. Apabila sudah lama tidak bertemu, pelbagai topik cuba diperbualkan. Ada yang suka, duka dan ada juga yang geli hati. Melihat telatah mereka benar-benar membuat aku gembira. Benar kata orang, jika jarang bertemu pasti akan terasa rindu, apabila kerap bersama pasti jemu menjelma. Itu lah lumrah manusia. Aku sudah terlalu masak dengan sikap manusia termasuk diri aku sendiri.

Aku teringat kembali saat aku menikmati makan malam aku sebentar tadi. Aku menadah tangan bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk menikmati segalanya. Keinginan ku, nafsu makan ku, semuanya sempurna dan bisa aku nikmati kapan pun. Aku terkenang akan nasib orang yang tidak seperti ku. Adakah mereka dapat menikmati makan malam seperti ku? Mesti sukar bagi mereka. Namun begitu, aku benar-benar memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Mu Ya Allah SWT. Kau memberi ruang sempurna kepada hamba mu ini. Walaupun kau tidak memberi nasib yang serupa kepada mereka, tetapi kau anugerahkan semangat kepada mereka yang tidak ada pada diri ku. Sungguh indah aturan hidup Mu kepada hamba-hambaMu Ya Allah.
 Mencapai bintang yang tinggi melangit itu mustahil kan? Tapi menjadi bintang yang berkedipan itu pasti. Malam ini, aku duduk di beranda bilik ku. Memerhatikan setiap bintang yang bertaburan di langit. Terlalu banyak bintang yang memenuhi ruang angkasa ini. Tapi hanya satu bintang sahaja yang berjaya menarik perhatian ku. Bintang yang sangat menyerlah, hingga aku bermimpi aku terbang ke langit menggapai bintang itu. Apabila aku perhatikan setiap bintang-bintang di langit ini, aku sempat membayangkan dengan kehidupan yang aku lalui kini. Bintang yang bertaburan di langit ini ibarat manusia yang membanjiri bumi. Bintang yang menyerlah itu umpama manusia yang satu. Ya ! Manusia yang satu itu adalah pengilham ku.

Aku lahirkan pengilham ini dari mata halus ku. Setelah aku amati dirinya, ya ! Aku yakin dia adalah bintang yang menarik perhatian ku. Bintang yang paling terang dan menyerlah di antara bintang-bintang yang lain. Aku termangu seketika, adakah aku akan jadi bintang yang paling terang sepertinya? Atau adakah aku hanya menjadi kebanyakkan bintang yang aku lihat sekarang? Ah ! Nyah fikiran kolot ini dari benakku. Aku yakin yang aku boleh menjadi bintang yang paling terang untuk menerangi setiap bintang-bintang yang lainnya. Amin ~~~

 

Thursday, 6 December 2012

MUHASABAH DIRI

Jam di dinding telah menunjukkan tepat 4 pagi. Masa yang sesuai untuk aku bermuhasabah diri. Mencari di mana langkah ku yang seterusnya. Aku sering kali lemas di tengah-tengah perjuanganku. Aku tidak kuat melangkah, aku tidak utuh dengan pendirianku. Namun, selepas aku melihat dia yang sedang berjuang untuk hidupnya membuatkan aku menjadi kuat. Aku fikir sejenak, sedangkan dia yang hidup di jalanan boleh membina kekuatan, inikan pula aku yang hidup dalam keselesaan. Aku tidak memandangnya dari luaran, tetapi dalamannya yang membuat aku terpegun. Jika aku di tempatnya, adakah aku boleh mengharungi kehidupan seperti itu? Aku tidak mengharap keadaan sepertinya jadi dalam hidupku, namun aku mengharap semangatnya menular dalam diri ku. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dia ada kelebihan dalam semangatnya, namun dia kurang dalam kehidupannya. Aku ada kelebihan dalam kehidupanku, tapi aku lemah dalam semangatku. Ya benar ! Tidak semua yang kita inginkan dapat kita peroleh. Sesuatu yang kita ingin pasti akan menjauhi kita. Oleh kerana itu, kita perlukan cabaran untuk kita capai sesuatu yang kita inginkan. Monolog dalam diri aku di pagi yang hening ini. Tiap kali aku bermuhasabah begini, pasti hari esok aku akan bersemangat. Namun kadang kala, semangat itu bisa hilang jika kita alpa. Maka, muhasabah diri yang kerap, mampu meneruskan semangat kita. Terutama kepada diri ku.

SINARAN KEPADA KU

Sememangnya, manusia itu memberi sinaran buat diri ku. Walaupun dia dihina di mata masyarakat, tetapi aku menganggapnya mulia. Dia memberi sinaran kepada ku untuk tidak berputus asa dalam kehidupan. Dia benar-benar menguji ku. Jika ditenung sedalam-dalamnya, dia tiada berharta, tiada berumah, tiada bergaya, tiada hala tujunya, namun dia tetap berusaha mencari sumber untuk sesuap nasi bagi meneruskan hidupnya. Berbeza dengan kita, berharta, berumah, bergaya tetapi jika kesusahan dan masalah menimpa diri, kita rebah. Adakah orang seperti dia, yang sentiasa bersila di kaki lima ini kita hina? Walhal, orang sepertinya yang kita contohi tentang semangat dan ketabahannya. Aku mula menyedari dia adalah manusia yang luar biasa ketika aku sedang berjalan kaki dengan megah di hadapannya. Aku tenung wajahnya. Wajah seorang ibu yang sangat sayup, sambil meriba si kecilnya. Tabahnya wanita ini. Tekadnya dia untuk tegar bersila di kaki lima untuk meraih simpati. Cekalnya hatinya untuk teruskan hidup walau keadaannya seperti itu. Ramai yang menilai dirinya wanita peraih simpati. Ah ! Aku berfikiran terbuka. Sedangkan manusia yang sempurna, cukup segala benda juga pandai meraih simpati. Manusia ini sama cuma yang membezakan adalah ketentuan kita. Bagaimanapun tanggapan masyarakat kepadanya, dia tetap sinar ku.

Wednesday, 5 December 2012

DALAMAN BERBEZA DENGAN LUARAN

Semua orang kenal akan pengemis.. Namun, malangnya hidup mereka, tiap kali mereka dikenali pasti hinaan akan dilemparkan kepada mereka. Pemalas, pengotor, busuk, itu lah ungkapan-ungkapan yang ditujukan kepada mereka. Tetapi setiap kali cacian keluar dari mulut kita, adakah kita sedar mereka juga makhluk Allah sama seperti kita? Adakah kita pernah terfikir mengapa hidup mereka ke arah seperti itu? Apakah itu kehendak mereka? Tidak sama sekali. Saya yakin, setiap manusia memiliki impian yang terbaik buat diri masing-masing. Pernahkah kita membayangkan bagaimana jika nasib kita ditakdirkan sebegitu? Mesti kita tidak menginginkannya. 

Namun, sedarlah bahawa mereka yang kita anggap manusia yang hina, malas, pengotor ini adalah pejuang. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Hal ini kerana mereka pejuang yang sedang berperang untuk hidup. Mereka sanggup mengemis untuk mendapatkan sumber rezeki yang halal bagi menyara kehidupan harian mereka. Memang benar, mengemis itu suatu pekerjaan yang boleh kita elak, namun bagi nasib seperti mereka mengemis itu lah cara mereka untuk meneruskan hidup. Mereka tidak menggunakan hasil mengemis mereka untuk bersenang, tapi menggunakan untuk membeli makanan. 

Walaupun sesetengah manusia menganggap mereka hina, namun ia berbeza bagi saya. Mereka adalah golongan yang sangat kagumi. Saya kagumi dengan semangat juang mereka untuk meneruskan hidup. Saya sangat terkesan dengan sikap mereka yang tidak pernah putus asa dengan hasil kerja mereka. Mereka tetap terus mengemis walaupun masyarakat sekeliling sedang menghina. Luaran mereka memang agak tidak menyenangkan, namun saya melihat dari segi dalaman mereka. Saya tidak mahu nasib saya seperti mereka, tapi saya inginkan semangat saya seperti mereka. Semangat yang terus berjuang walau kesusahan menimpa, berusaha tanpa putus asa dan cekal hadapi kepayahan hidup. 

Tuesday, 4 December 2012

MAKAN UNTUK HIDUP

Menyentuh soal makan, semua manusia mempunyai nafsu makan. Kadang kala bila nafsu makan menguasai diri, keinginan mengidam sesuatu makanan mula tercetus dalam fikiran. Seperti juga saya. Saya terlalu gemar mengidamkan sesuatu makanan untuk melepaskan nafsu makan saya. Jika saya lapar, makin banyak makanan yang saya idamkan. Saat itu saya akan mencari makanan yang saya idamkan sehingga berlebihan-lebihan. Namun, bukan setakat saya sahaja yang merasakan sebegitu, saya fikir ramai lagi manusia seperti saya. Hidup untuk memuaskan nafsu makan. Tetapi pernahkah kita terfikir, adakah semua manusia mampu memiliki makanan idaman mereka? Bagaimana kepada mereka yang tidak mampu untuk melepaskan keinginan mereka? Bila saya terfikir sedemikian, saya merasakan diri saya masih bertuah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat hidup dengan memiliki keinginan saya. Itulah lumpah manusia yang dilahirkan tidak sepenuhnya sempurna. Ada juga manusia yang dilahirkan dengan tidak diberi kesempatan untuk memiliki keinginan masing-masing. Mereka hanya mampu untuk makanan harian mereka yang sekadar makanan untuk melepasi hari-hari kehidupan mereka. Golongan seperti ini membuatkan saya sedar bahawa kita hidup bukanlah untuk makan, tetapi kita makan untuk meneruskan hidup.

Thursday, 29 November 2012

PENULISAN KREATIF

Setiap manusia memiliki bakat untuk menulis namun gaya penulisan, lontaran idea dalam penulisan, dan minat yang lebih cenderung dalam penulisan itu penentu untuk seseorang itu menjadi penulis yang kreatif. Saya adalah salah seorang manusia yang berbakat dalam menulis. Tetapi adakah saya digelar sebagai penulis yang kreatif dan berbakat? Maka untuk menjadikan saya seorang penulis yang berbakat, subjek PENULISAN KREATIF yang saya pelajari kini telah membuat saya untuk mencipta sebuah blog yang indah dengan kata-kata. Blog ini adalah tempat saya berlatih untuk melahirkan kata-kata indah. InsyaAllah, dengan usaha gigih saya dan diiringi bantuan serta berkat doa pensyarah yang saya kagumi Prof Madya Dr Mawar Safei saya bakal menjadi penulis yang kreatif.

Sunday, 25 November 2012

ERTI TALI

Aku terjaga dalam lena ku. Apa yang sedang mengusik tidur ku? Apa sebenarnya yang bermain dalam benak fikiran ku? Ah ! Ada sahaja yang cemburu dengan kelenaan ku. Lantas terus memasuki fikiran ku. Apakah yang hendak aku kejar dalam hidup ini sebenarnya? KAYA seperti Carlos Slim dari Mexico itu? PANDAI seperti Sir Isaac Newton? Atau sehebat Siti Nurhaliza yang hanya pendidikan peringkat SPM namun boleh meraih kekayaan dunia dengan suaranya? Mengapa persoalan ini timbul saat kalimantang bilik ku tertutup, dengkuran layanan lena rakan sebilik ku memecah sunyi, cicak mencuit geli. Ah ! Aku mula cemburu dengan dengkuran rakan ku ibarat memanggil-manggil ku melayan lena sepertinya. Tapi aku masih duduk menyepi. Apa sebenarnya hala tuju ku? Apa sebenarnya misi kehidupan ku? Adakah aku mampu berdiri sendiri tanpa pengikat yang menguatkan langkah ku seperti pokok tanpa berakar? Bisikan naluri ku paling dalam TIDAK ! Aku tidak boleh berdiri sendiri ! Aku memerlukan tali untuk mengikat ku supaya kuat berdiri. Tapi apa erti tali dalam hidup ku? Aku termenung seketika. Ya ! Tali adalah PENGILHAM . PENGILHAM adalah sumber ku. Sumber untuk aku berani meninjau dunia di hadapan ku. Pengilham yang bakal aku ikuti tiap langkahnya, genggami setiap baris katanya, pahat setiap senyumnya. Ah ! Aku tertanya lagi. Siapakah yang boleh aku jadikan tali dalam barisan hidup ku ini? Aku diam lantas memanjakan tubuh ku di tilam empuk ku. Lena ~~~~