Friday, 11 January 2013

ADA MASA KITA FIKIR

Assalamualaikum.. hari ni bangun pagi2 untuk siap2 pergi jawab exam BIUS.. apa tu BIUS??? Bahasa Inggeris Untuk Sains Sosial.. sebenar nya saya sendiri tak berapa nak fokus sangat paper ni sbb tak tahu nak study apa. Tapi pagi tadi dapat jawab dengan senang.. kawan2 semua cakap susah2, saya pun tak tahu bagi saya susah ke senang..?? haha.. cuma satu saja.. tak cukup masa.. ya ! 2 jam tu tak cukup laa.. sampai karangan tu saya dapat tulis bahagian introduction dengan satu isi je.. satu lagi isi tak sempat.. 10 markah plak tu. apa2 pun redha la.. soalan lain alhamdullilah dapat jawab dengan mudah. Tak tahu la apa keputusan nya nanti.. Walaupun hari ni saya merajuk dengan 'Si Dia' , tapi masih boleh jawab dengan tenang. sebab saya fikir, ada masa saya perlu fikir pasal dia, dan ada masa saya perlu berhenti fikir pasal dia. 1 hari off hp, bukan nak denda dia, tapi nak dia juga fikir bagaimana rasa disakiti.. saya sedar saya bukan cukup sempurna untuk menghukum sebegitu, tapi saya juga berhak untuk rasa dihargai. Saya dah faham dia, jadi saya rasa giliran dia pulak untuk faham saya.

Thursday, 10 January 2013

SENANG JADI SUSAH

Assalamualaikum.... rasanya sudah lama tak jenguk2 blog ni... terasa rindu pulak... hehe.. baru pagi tadi saya dah selamat mengharungi kertas peperiksaan untuk subjek ni. PENULISAN KREATIF.. memang kreatif lah saya menarikan pen saya di atas kertas jawapan. pada mulanya memang saya aku terasa susah, sebab biasalah kehidupan pelajar kalau tiada istilah "last minute" tu memang tidak sah kan?? jadi jujur lah buat persediaan di saat2 akhir.. pagi tadi soalan depan mata, agak terkedu jugak..akui soalan dalam bentuk yang boleh dikatakan senang, tapi kalau saya usaha sikit lagi memang boleh jawab lah.. tapi bukan lah nak kata saya tak boleh jawab langsung.. soalan tu dalam bentuk umum, jadi boleh je jawab... sebelum nak jawab kertas tu, saya baca konsep yang susah2.. tapi bila keluar soalan, tak ada la susah mana. cuma masih terkedu.. tu lah akibatnya, terlalu fokus pada yang susah, akhirnya yang senang jadi susah nak jawab... tapi perkara dah lepas, sekarang tawakal saja keputusan yang akan diterima kelak... good luck untuk diri sendiri.. hehehe... :)

Friday, 7 December 2012

Perbincangan Mengenai Si Peraih  http://cinta-matahariku.blogspot.com/2011/01/pengemis-jalanan.html

TITIK PERMULAAN

Aku sudah kaji siapa tokoh ku. Walaupun dia bukan orang kehormat dan orang kenamaan namun sikapnya membuat aku tertarik akan dirinya. Ya ! tokoh ku hanya si peraih simpati. Mesti orang lain gharib mengapa orang sebegini ku jadikah tokoh. Aku jadikan dia contoh buatku kerana dia juga manusia biasa seperti ku. Cuma nasib membuat mereka terasing daripada masyarakat. Aku terpegun melihat kekuatan dan ketabahan mereka. Aku mengandaikan tidak semua manusia yang bisa menjalankan hidup seperti itu. Hanya orang-orang yang terpilih diuji dengan cara itu. Aku ingin menyematkan dia dalam hidup ku. Aku ingin menyimpan suatu kata yang bisa aku pegang dalam kehidupan ku. "Jika dia bisa, aku juga bisa".

Kini, aku mula mencoretkan semangat dia dalam penulisan cerpen ku. Akan ku luahkan segala tentang dirinya dalam coretan ku. Sikap ketabahan, kecekalan, dalam menanggung kepayahan hidup akan ku sematkan dalam diri untuk ku hias cerpen ku. Aku berharap, dia bisa mewarnai cerpen ku seperti dia menyinari hidup ku. Maka, aku cakarkan titik permulaan di sini hingga aku berjumpa noktah pengakhiran. Bermula lafas Bismillah, aku lakar sebuah cerpen. Semoga dipermudahkan. Amin ~~~~

YA ALLAH Lindungi Mereka





Kuatnya semangat mereka Ya Allah. Demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup, mereka tegar menebalkan muka dengan meraih simpati orang. Adakah mereka yang kita anggap hina ini perlu dibuang? Pandanglah mereka dari segi dalaman. Mereka merupakan manusia yang cekal, tabah dan tidak putus asa meneruskan hidup walau diuji dengan cara sebegitu. Ingatlah bahawa mereka sendiri tidak menginginkan kehidupan seperti itu.

ERTI SYUKUR

Gemar sungguh aku mencoret di blog ini pada waktu-waktu sebegini. Waktu yang bisa aku coretkan dengan kata-kata yang indah, seindah perasaan ku pada masa ini. Sememangnya pengalaman aku keluar makan malam bersama-sama sahabat tadi mengukir senyuman di bibir ku. Sudah lama rasanya aku tidak keluar untuk menikmati makan malam bersama mereka. Apabila sudah lama tidak bertemu, pelbagai topik cuba diperbualkan. Ada yang suka, duka dan ada juga yang geli hati. Melihat telatah mereka benar-benar membuat aku gembira. Benar kata orang, jika jarang bertemu pasti akan terasa rindu, apabila kerap bersama pasti jemu menjelma. Itu lah lumrah manusia. Aku sudah terlalu masak dengan sikap manusia termasuk diri aku sendiri.

Aku teringat kembali saat aku menikmati makan malam aku sebentar tadi. Aku menadah tangan bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk menikmati segalanya. Keinginan ku, nafsu makan ku, semuanya sempurna dan bisa aku nikmati kapan pun. Aku terkenang akan nasib orang yang tidak seperti ku. Adakah mereka dapat menikmati makan malam seperti ku? Mesti sukar bagi mereka. Namun begitu, aku benar-benar memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Mu Ya Allah SWT. Kau memberi ruang sempurna kepada hamba mu ini. Walaupun kau tidak memberi nasib yang serupa kepada mereka, tetapi kau anugerahkan semangat kepada mereka yang tidak ada pada diri ku. Sungguh indah aturan hidup Mu kepada hamba-hambaMu Ya Allah.
 Mencapai bintang yang tinggi melangit itu mustahil kan? Tapi menjadi bintang yang berkedipan itu pasti. Malam ini, aku duduk di beranda bilik ku. Memerhatikan setiap bintang yang bertaburan di langit. Terlalu banyak bintang yang memenuhi ruang angkasa ini. Tapi hanya satu bintang sahaja yang berjaya menarik perhatian ku. Bintang yang sangat menyerlah, hingga aku bermimpi aku terbang ke langit menggapai bintang itu. Apabila aku perhatikan setiap bintang-bintang di langit ini, aku sempat membayangkan dengan kehidupan yang aku lalui kini. Bintang yang bertaburan di langit ini ibarat manusia yang membanjiri bumi. Bintang yang menyerlah itu umpama manusia yang satu. Ya ! Manusia yang satu itu adalah pengilham ku.

Aku lahirkan pengilham ini dari mata halus ku. Setelah aku amati dirinya, ya ! Aku yakin dia adalah bintang yang menarik perhatian ku. Bintang yang paling terang dan menyerlah di antara bintang-bintang yang lain. Aku termangu seketika, adakah aku akan jadi bintang yang paling terang sepertinya? Atau adakah aku hanya menjadi kebanyakkan bintang yang aku lihat sekarang? Ah ! Nyah fikiran kolot ini dari benakku. Aku yakin yang aku boleh menjadi bintang yang paling terang untuk menerangi setiap bintang-bintang yang lainnya. Amin ~~~