Setiap manusia memiliki bakat untuk menulis namun gaya penulisan, lontaran idea dalam penulisan, dan minat yang lebih cenderung dalam penulisan itu penentu untuk seseorang itu menjadi penulis yang kreatif. Saya adalah salah seorang manusia yang berbakat dalam menulis. Tetapi adakah saya digelar sebagai penulis yang kreatif dan berbakat? Maka untuk menjadikan saya seorang penulis yang berbakat, subjek PENULISAN KREATIF yang saya pelajari kini telah membuat saya untuk mencipta sebuah blog yang indah dengan kata-kata. Blog ini adalah tempat saya berlatih untuk melahirkan kata-kata indah. InsyaAllah, dengan usaha gigih saya dan diiringi bantuan serta berkat doa pensyarah yang saya kagumi Prof Madya Dr Mawar Safei saya bakal menjadi penulis yang kreatif.
Thursday, 29 November 2012
Sunday, 25 November 2012
ERTI TALI
Aku terjaga dalam lena ku. Apa yang sedang mengusik tidur ku? Apa sebenarnya yang bermain dalam benak fikiran ku? Ah ! Ada sahaja yang cemburu dengan kelenaan ku. Lantas terus memasuki fikiran ku. Apakah yang hendak aku kejar dalam hidup ini sebenarnya? KAYA seperti Carlos Slim dari Mexico itu? PANDAI seperti Sir Isaac Newton? Atau sehebat Siti Nurhaliza yang hanya pendidikan peringkat SPM namun boleh meraih kekayaan dunia dengan suaranya? Mengapa persoalan ini timbul saat kalimantang bilik ku tertutup, dengkuran layanan lena rakan sebilik ku memecah sunyi, cicak mencuit geli. Ah ! Aku mula cemburu dengan dengkuran rakan ku ibarat memanggil-manggil ku melayan lena sepertinya. Tapi aku masih duduk menyepi. Apa sebenarnya hala tuju ku? Apa sebenarnya misi kehidupan ku? Adakah aku mampu berdiri sendiri tanpa pengikat yang menguatkan langkah ku seperti pokok tanpa berakar? Bisikan naluri ku paling dalam TIDAK ! Aku tidak boleh berdiri sendiri ! Aku memerlukan tali untuk mengikat ku supaya kuat berdiri. Tapi apa erti tali dalam hidup ku? Aku termenung seketika. Ya ! Tali adalah PENGILHAM . PENGILHAM adalah sumber ku. Sumber untuk aku berani meninjau dunia di hadapan ku. Pengilham yang bakal aku ikuti tiap langkahnya, genggami setiap baris katanya, pahat setiap senyumnya. Ah ! Aku tertanya lagi. Siapakah yang boleh aku jadikan tali dalam barisan hidup ku ini? Aku diam lantas memanjakan tubuh ku di tilam empuk ku. Lena ~~~~
Subscribe to:
Comments (Atom)
